Pages

15 May 2010

Bukan mudah menjaga seketul daging ini yang tak terlihat jasadnya.
Tanyakan di mana dia, tiada siapa mahu tunjukkan fizikalnya, mana tempat letaknya.
Tapi seketul daging inilah raja dalam diri.
Seketul daging ini lah yang menentukan bagaimana pemiliknya.
Hati ini sebahagian dari diri, dari hati maka lahirlah perbuatan.














Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

-Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim-

Hati ini memang penuh dengan bisikan syaitan,
dalam berbuat baik pun kadang kala hati dibisikkan agar bangga dan riak.
Lantas hati ini perlu lah dijaga bagai menjaga diri.
Dulu saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan menjaga hati, namun kefahaman semakin bertambah dan semakin lama saya makin merasakan kepentingan menjaga hati agar hati tidak hitam.
Bila hati telah hitam, payahlah untuk cahaya memasukinya, payahlah untuk kita memahami apakah pentingnya cahaya (petunjuk) dari Ilahi.
Bagaikan jasad yang memerlukan penawar ketika sakit, begitu juga sekeping hati ini.
Bukan ubatan kimia, cukuplah sekadar ubat rohani yang tidak memerlukan kos yang tinggi.

Bukan mudah untuk melakukan semua ini, namun apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan segala kesenangan yang diterima selama kehidupan kita di muka bumi Allah ini.
Apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan ganjaran sebuah syurga yang tak terbayang keindahannya.
Jika kita mampu bertungkus lumus demi kesenangan masa depan kita, apalah salahnya jika kita tinggalkan sedikit keindahan dunia yang sementara ini untuk kesenangan abadi di akhirat sana, masa depan kita juga
.
Ya Allah, bantulah kami menjaga hati ini, dan jadikan kami dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengingatiMu, dan beribadah hanyalah keranaMu. Amin.

*aku yg dlm muhasabah*

off.

0 comment's love: