Pages

30 Jun 2010

istikharah membuah bahagia? :)

meniti bait2 ucapan seorang insan,buat aku tersenyum dalam tangisan bahagia.
mungkin kadang kita sebagai manusia terlalu yakin dgn janji sendiri..
sehingga lupa Sang Pencipta penentu segala? :)

sungguh,aku senang saat di maklumkan kesungguhan nya utk memiliki.
terima kasih sang pencinta :)
andai kita tahu rahsia hari esok,tentu tiada lagi ISTIKHARAH.
tentu tiada lagi erti redha dan tawakkal.

*indahnya rahsia Allah*

lafaz insyaAllah dlm berjanji setia mungkin plg enak d lafaz.
tapi tentu sekali sbg manusia biasa halwa telinga ini masih mahu mndengar kalam 'sumpah,saya janji'.
HAHA.kita persis tahu hati ini bakal kekal.*cehh!*
hati ini milik Allah.hati dia juga milik Allah.kita semua hak Allah.bkn hak siapa2.jgn perasan!
ok ok.
bercakap soal istikharah.aku berfikir dan bertanya kpd nafsi sendiri,apa tujuan aku selama ini istikharah?
apakah utk memilih siapa yg bakal terpilih dari list yg pnjg itu?eeeeuuuwww~ *geli amat*
apakah utk menguji sejauh mana pilihanku tepat?
apakah utk menguji pilihanku itu salah?

based dari doa-doa yang di amalkan oleh Para Sahabat RA, setelah mendapatnya dari Baginda SAW;
antaranya bermaksud dari hadith sahih:

Dari Jabir RA, berkata: bahwa Rasulullah SAW pernah berkata, apabila seseorang kamu membuat (melakukan) sesuatu urusan, maka hendaklah ia mendirikan solah dua rakaat, (bukan solah fardhu), yang bermaksud;



Allahumma, aku mohon pilihan kepada-Mu dengan ilmu-Mu,
aku mohon kemampuan dengan kudrat-Mu,
dan aku mohon kurnia-Mu yang Maha Agung,
karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya,
Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui,
dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Allahumma, jika menurut ketetapanmu-Mu bahawa urusan ini berguna bagiku, baik untuk agama, didunia mahupun diakhiratku,
baik untuk kepentingan sekarang atau akan datang,
maka takdirkanlah bagiku,
mudahkanlah bagiku (segala urusannya),
dan berilah berkah (atas putusan yang ku perbuat).

Allahumma, sebaliknya, jika menurut ketetapan-Mu,
bahwa urusan ini membawa bencana bagiku,
bagi agama, didunia mahupun diakhiratku,
juga mendatangkan bencana bagi kepentinganku sekarang atau akan datang,
maka tangguhkan ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya,
dan takdirkanlah bagiku kebaikan dari manapun sebab sebagai penggantinya,
dan jadikanlah hatiku ridha menerimanya (ketetpanMu).
(Riwayat Bukhari).

u all fahm mksdnya?hik.kalau xpaham.baca byk2 kali doa tu smpai paham :D

solat Istikharah adalah sunnah rasulullah SAW :))
ia menjadi suatu yang dianggap sebagai Sunnah yang dituntut kepada Mukmin APABILA HENDAK MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN, terutama dalam sesutu pekerjaan atau amalan. cos Sunnah ini dibuat atas maksud:

Tidak rugi orang yang bermesyuarat,
dan tidak menyesal mereka yang istikharah.

yang bermaksud, apabila tak dapat membuat keputusan dengan 'mesyuarat' dengan yang berhak, seharusnya setiap Mukmin membuat sesuatu keputusan melalui istikharah .

uh?hik.tujuan kite solat istikhrah?jap.jap.
ape yg aku tawu lah kan,time blaja syariah tggi tu ianya adalah memohon kepada Allah SWT,REDHA DENGAN KEPUTUSAN YANG KITA PERBUAT DENGAN MAKSUD 'AMALAN BAIK YANG BENAR', dan berharap Allah SWT  menyegerakan kebaikannya jika memang ada kebaikan, atau menangguhkan atau menghindarkan keburukan jika memang ada keburukan,terhadap result yg  kita lakukan.

Membuat keputusan setelah solat Sunnah Istikharah bkn brmaksod dpt alamat via mmpi @ hint trtntu,
sebaliknya mmbuat kptusan dgn mndahului bermohon kpd Allah swt ... diberikan ilham atau petunjuk
untuk membuat keputusan terbaik yg betul pd kebiasannya :)) seseorang akan membuat keputusan lpas solat istikharah berpandukan 'apa yang Allah zahirkan pada hati dan fikir @ ilham dimasa itu  lalu membuat keputusan dengan :

... yang memihak atau lebih menyukai ... itulah yang diputuskan.. :)

solat istikharah sgt manis andai kita benar benar tawakkal dan yakin pd Allah :)
rasa rendah diri kita di hadapan Allah tatkala bertanyakan yg Hak dan yg Batil itu lah yg menjadikan siapa kita sbg hamba di hadapan Allah yg Maha Hebat itu.Kita yg hanya sekadar hamba yg hina yg sentiasa harapkan keredhaan Allah dlm apa jua bentuk ucapan dan tindakan,kan sume fllower ? :)

aku yang khilaf di pagi hari ini merasakan sgt sgt taksub dengan rahsia taqdir.
sama sama la kita mencari titik iman dlm diri dalam setiap gerak dan kerdipan langkah dlm highway hidup ini.

semoga keputusan ku yg satu ini berada dalam redhamu ya Rabb.

wallahu'alam hu warasuluhu.

muhasabah hari ini.
off.

27 Jun 2010

murabbi yg gagal.blogger muslim yg berjaya.?

saat sy di buai mmpi enak...
tiba2 sy mendapat satu paggilan dari seseorang yg amat2 dlm kbm sy sayangi and hormati.
:))
brkenaan sikap murabbi dlm kbm.
ye,sy xlyk nk komen byk sbb sy lg la pecundang agama.
ok ok,enough.
bercakap soal murabbi d sni.
yes~ itu lah tajuk kite pd hari ni ye tuan2 and puan2 sume.
hihik :)

dear follower...*siyes*
Emm dlm Islam, *kalau sala tlg betolkan* murabbi membawa pengertian yang luas yang mana bukan sahaja sebagai pendidik bahkan turut menyemai nilai adab serta dilengkapi dengan keperibadian yang mulia untuk menjadi ikutan manusia disekelilingnya. 
Diakui peranan sebagai Murabbi tu mmg sgt mencabar pada masa skrg.emm,means kdg2 kite pon terhanyut jugak :D 
tgk la dengan masalah sosial cam zina, rogol, buang anak, da mkin menjadi-jadi. kot.huh.
Segala kekusutan umat semakin tak terbendung bilamane kes-kes pembunuhan kejam pon dapat ranking 1st.grrr.!!*berleluasa.* Di era siber ini mampukah blogger muslim itu diberi peranan sebagai Murabbi?

~sy sdar sy x layak.huk~

Sebelum menghangitkan dgn lbeh itam mengenai peranan blogger sebagai Murabbi adalah lebih baik kita melihat konsep yang ada pada blog tu dulu. huk3. :D
TAKDE siapa dapat menafikan bahawa blog telah menjadi satu platform untuk bertabligh (menyampaikan) pada masa kini. *admit jelah* Apa ilmu yang ingin disampaikan ianya bergantung kepada pemilik blog tetapi sebagai Blogger Muslim,*emm,ye ye sy sndri.ngeee :D *sepatotnye kita tak mensia-siakan ruang dan peluang yang ada dihadapan mata ini untuk berdakwah disamping berkongsi maklumat and curahat hati yang ntah ape ape je tu.
hihik.
:))

~Tak de salahnya untuk mengatakan bahawa blogger muslim itu juga seorang Murabbi. 

Setiap Blogger mempunyai pengaruhnya tersendiri sehingga ada sesetengah dari mereka menerima kunjungan ke blog mencecah angka ribuan dalam masa sehari. *cane nk buat jadi byk cmtu jugak?hik* emm,so.. bukanlah suatu kesalahan jika mereka memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada untuk sama-sama menyemai mesej islam serta menonjolkan akhlak yang terpuji menerusi blog sebagaimana maksud firman Allah :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan model ikutan yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (Surah An nahl ayat 125)

*thanks utk naqibah sy yg dulu sbb bg potongan ayat ni utk pedoman sy.hik. *

Soal pembaca mampu berubah atau tidak itu perkara kedua tapi,the most important thing as a blogger muslim kita telah laksanakan half dari tanggungjawab untuk mentazkir (memberi peringatan) dan menta’dib (mendidik) mereka manakala untuk berubah, ianya memerlukan hidayah.

*abah selalu ulang ulang byk kali kt sy* 

Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendakiNya.so..sbb tu walau sebanyak mana peringatan diberikan jika tiada keizinan untuk seseorang itu berubah maka ia akan kekal sebegitu.ha?contoh?hik.snang je..cmni,kalau seseorang tu tak reti ubah sikap tdo berejem2 lpas subuh even dah di beri nasihat,tak guna jugak kan? huk.*cane nak ubah tu..tdo tu besh :( *

ok ok,kita berbalek je la pd peringatan langsung daripada Allah dengan berlakunya segala macam bencana alam di segenap pelusuk dunia sehingga kini, tapi still? maksiat kekal berleluasa dilakukan oleh manusia-manusia yang hatinya masih keras. kalau kita menyoroti sirah lak, isteri dan anak nabi Nuh sendiri tidak beriman kerana mereka tidak terpilih untuk mendapat hidayah daripada Allah yang begitu tinggi nilainya itu kan3? :)) 
Allah telah nyatakan persoalan hidayah ini melalui firmanNya di dalam surah Al-Qasas ayat ke 56:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.

So as blogger Muslim, usaha memberi peringatan wajib diteruskan.~ chaiyyok :D
Setidak-tidaknya tindakan tu akan mengingatkan diri kita sendiri juga agar peranan Murabbi yang dipegang menjadikan kita seorang Blogger Mukmin

*peace*

"KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"

...Sentiasalah kita mengingati MATI...insyaALLAH..sama-sama kita mempertingkatkan diri kita dengan ilmu, amal, ibadah dan iman dalam diri...insyaALLAH berjumpa di SANA, Darul Falah :) SYURGA yang dijanjikan bagi setiap hamba yang bertaqwa, orang-orang yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan ketika berada di dunia ini...
Hanya dengan izin, rahmah dan kasih ALLAH pada hambaNYA yang dhaif..

Bi taufiq wa najah fii dunnia wa akhirah..insyaALLAH ;)

muhasabah utk hari ini.
off

26 Jun 2010

teman vs cinta



halo3.hye :D
bertemu lg kite dlm rancangan...who wants to be a milliniore? *erk,btol ke sy eja?*
hihik.repek la~
ok ok.besh ouh tajok ni.
agagagaga :)))
ramai3 request tajuk ni.pergh~bajet cam dj radio pulak kan3.hihik. :D
ok lah.u all yg comel.sume ade mmber?ade makwe?ade pakwe?
uh?tade?eleh..tipu3.huk.
*eish,ape kite repek ni*

ok,first of all SAHABAT,
Di zaman kanak-kanak dulu, ada seseorang yang aku sangat teringin untuk bersahabat baik dengannya.
huyyoooo~ *jeng3*
Mula-mula, aku tertanya-tanya kenapa kemahuan untuk berkawan dengannya tanpa dipaksa-paksa? Mungkin kerana aku terpedaya dengan daya tarikannya *mungkin je ok* yang sering dikelilingi sahabat yang ramai. Setelah kutekuni tingkahnya hampir beberapa purnama (wah, kecil-kecil lagi sudah pandai ‘membaca’ manusia), kesimpulan yang aku dapat cuma satu. Pandai gembirakan orang sekeliling adalah kunci mendapat sahabat yang ramai.
Sayang sekali, tidak ramai daripada mereka yang boleh digelar sahabat karib.
huk3.

Kadang-kala kita tidak tahu apakah syaratnya untuk bergelar sahabat baik.kan3?jgn ckp tak!
blasah kang~ :D
Ada ‘cakap-cakap orang’ mengatakan, sahabat baik itu harus mempunyai ikatan kimia (ada chemistry) antara keduanya.*kalau dulu xamek kimia cmn?* kikiki.
Ungkapan sebegitu benar memeningkan kepada sesiapa yang tidak pandai berkawan kerana ia sangat subjektif. *sy la tu :( *
Sy cuba mengelak untuk memikirkan kimia itu, berbanding melihat pada simtom-simtom ketika mengenal erti persabahatan.Sy berpegang kepada kepercayaan ini,yes ~ iaitu bila kali pertama kita meluahkan sesuatu masalah itu kepada seseorang (sedangkan ahli keluarga atau kekasih pun tidak mendapat layanan itu), maka saat itu hubungan antara keduanya sah digelar sahabat karib. Semua ini kupelajari dari Sekolah and pengalaman.
Pernah suatu ketika, tanpa disengaja sy dgn yakin and lantang *konon* meluahkan segala masalah yang sedang memenjara jiwa kepada seseorang kerana waktu itu aku tidak merasa sesiapa yang mampu memegang kerahsiaan itu. Kemudian, sahabatku itu memegang bahuku dan berkata;


"jgn risau babe,kita dh jadi sahabat baek skrg,aku xkan bgtau sesape "

ehemm..itukah sahabat?
musykil dalam senyum yg pnuh kepura2an yg bertopengkan senyuman manis seorang muslimah sejati.
tp bahagia and PUAS.atleast ada sahabat.
hihik.
thanks sahabat. :))

 

Ramai orang mengutamakan sahabat dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
sahabat kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya sahabat sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....
Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus kupilih. Sahabat pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan..

Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Sahabat tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu..
Antara sahabat dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Sahabat menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan..
Antara sahabat dan kekasih Keduanya aku harapkan. Sahabat sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian ..
Antara sahabat dan kekasih Bilakah akan kutemui. Sahabat sejujur kata,
Kekasih setulus setia..
Andai sahabat itu kekasihku Andai kekasih itu sahabatku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan..

 
 "Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, seseorang tidak akan beriman sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.."(Hadith Nabi Muhammad s.a.w)

P/S:nikmatnya kasih syg itu walau dlm bentuk apa sekalipun hbgn yg terbina.Alhamdulillah :)

25 Jun 2010

uh?jodoh?hik :D


bile ckp soal jodoh je,mate sume jd sparkling kan3.
hihik.
tp sume pcy pd jodoh x?uh?tak?huk.
tamo lah cmtu..
jodoh kan taqdir~
permanent taqdir ouh~
tawu x mksdnye?means taqdir yg kite mmg xley ubah.
BUT!kite kne berusehe ke arahnye~
yes~BERUSAHA!
chaiyokk2~
*sape nak kawen ngn kite,agkt tgn!* :D
ok ok.
enough.hape ni,

Dear follower..
*siyes*
Ramai orang sering mengatakan, “tiada jodoh”, “jodoh di tangan Tuhan”dan yang seumpama dengan keduanya. Ya, memang itu adalah sebuah hakikat yang tidak susah untuk diterima. Malah, bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah, mempercayai hakikat jodoh dan ajal ditangan Tuhan bukan persoalan kan3? :))
Malangnya time tiba kepada alam nyata bukan alam teori dan ideologi begitu ramai manusia yang tidak menunjukan keyakinan sebenar mereka mengenai persoalan ini ke dalam tindakan mereka. Buktinya, begitu ramai dari manusia berusaha untuk menentukan jodoh padahal jelas sebelumnya dia mengatakan bahawa jodoh adalah urusan Tuhan untuk menetapkan
.
Memang rumit membahas perkara berkaitan ketentuan dan usaha yang perlu manusia lakukan dalam membentuk sebuah ketentuan. Dalam kata lain, Ketetapan atau ketentuan Allah SWT telah termaktub sejak azali lagi. Manusia pula yang meyakini hal ini kadang-kadang lupa sehingga terlalu hanyut dalam  kemampuan dan usaha sendiri sehingga dengan sengaja atau pun tidak, sedar atau pun tidak, mereka melanggar batasan-batasan Allah.
walaupun diri sendiri masih tercari2 erti kata ketentuan,tp sy yakin jodoh sy ADA :))


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. *siyes*
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.




Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

ok ok...lets imagine...waktu u all terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.*u all fhm x metafora sy ni?*

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. *istighfar* :)

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang yakin kepadaNya, orang yang bersungguh-sungguh menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya, orang yang benar-benar menjadikan kehidupan sebagai persembahan perhambaan kepadaNya, orang yang menjadikan niat dihatinya sentiasa kerana Allah hinggalah kepada urusan-urusan jodoh dan ajal. Semoga Allah merahmati kita semua dan menentukan yang terbaik :)))

muhasabah utk hr ini.
off.
mlm td chat dgn sahabat yg sgtttttttttttt aku syggg.
huk.
repeat again,syggggggggggggg sgt.
die aja aku maen gem.
hik.gem 20 question..
u all pnah maen x?
jwb soklan dgn jujur and xley skip.
sumenyer soklan killer die bg.
eeeuww.
ok lahh.
besh cgt.
sahabat,sygg awak sgt2.
off.

24 Jun 2010

Ya Allah..ini ke contoh pd anak? :(

SEREMBAN: Sepasang suami isteri dikesan bersubahat melakukan maksiat apabila membenarkan anak lelaki membawa teman wanitanya tinggal bersekedudukan di rumah mereka di Kampung Durian Daun, Bondoi Tampin, dekat sini, sejak 10 bulan lalu, walaupun menyedari pasangan itu tidak mempunyai ikatan sah.


Berikutan itu, pasangan suami isteri berusia 50-an yang berkongsi dosa dengan anak lelaki berusia 20-an dan teman wanitanya berusia 38 tahun, ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), dalam serbuan di rumah mereka, tengah malam kelmarin.


Sumber memberitahu Harian Metro, ketika serbuan jam 12.30 tengah malam itu oleh sepasukan lapan pegawai dan anggota JHEAINS bersama beberapa anggota polis, pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka bersama teman wanitanya berada dalam rumah itu.


“Pasangan suami isteri itu dalam satu bilik, manakala anak lelaki mereka dan teman wanitanya dalam satu bilik lain di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berkenaan.


“Siasatan mendapati mereka orang tempatan, kecuali kekasih anak lelaki pasangan itu dari Pahang.


“Wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di sekitar Tampin manakala teman lelakinya tidak bekerja,” katanya di sini, semalam.


Sumber itu berkata, pasangan suami isteri itu pernah diberi amaran pada Ogos lalu supaya tidak bersubahat membenarkan anak bersama teman wanita tinggal serumah dengan mereka.


“Bagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan pasangan suami isteri terbabit, sebaliknya mereka membiarkan anak mereka tinggal bersama teman wanitanya seperti pasangan suami isteri walaupun tidak mempunyai sebarang hubungan sah dari segi syarak.


“Ketika operasi pertama dulu, pasangan suami isteri itu memberi jaminan memberi kerjasama dan akan bertindak terhadap anak mereka, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab itu sebaliknya membiarkan pasangan terbabit melakukan perbuatan yang salah dari segi syarak,” katanya.


Sumber itu berkata, pihaknya kesal tindakan pasangan suami isteri itu sanggup bersubahat dengan anak mereka dalam perkara bertentangan Islam dan tidak membimbingnya mengenai perbuatan tidak sihat itu yang difahamkan berlarutan sejak awal tahun lalu.


Katanya, selepas serbuan awal pagi semalam, keempat-empat individu terbabit ditahan di lokap polis daerah Tampin sebelum dibebaskan dengan jaminan.


“Mereka turut diberikan kaunseling pegawai agama Islam daerah pagi ini (semalam) untuk menyedarkan mengenai kesalahan dilakukan.


“Kami akan menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki dan wanita yang bersekedudukan itu mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Sementara itu, penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz ketika dihubungi, menyifatkan keluarga terbabit sebagai keluarga 69 dan terpesong daripada ajaran Islam Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya melarang anak melakukan perbuatan tidak bermoral dan bertentangan agama bukannya bersubahat.


“Keluarga ini dalam kemurkaan Allah dan institusi keluarga terbabit tunggang terbalik...sebab itu saya cakap keluarga 69.


“Jika sayangkan anak, ini bukan caranya, sebaliknya satukan mereka dalam ikatan sah,” katanya.


Menurut Hassan, bukan saja pasangan yang melakukan zina itu perlu dihukum, sebaliknya pasangan suami isteri yang bersubahat dengan anak mereka juga perlu menerima balasan setimpal.


“Malah, masyarakat sekeliling perlu mengambil inisiatif dengan melaporkan kejadian sebegini kepada pihak berkuasa dan bukannya berdiam diri.


“Bukan campur tangan bermakna kita penyibuk, sebaliknya ini perkara yang mengaibkan dan perlu ditentang,” katanya.

p/s : zaman anak2 sy nt msti kes lg truk.huk3.abes la..

20 Jun 2010

training.training.training.huh.equal to exhausted.

















































17 Jun 2010

exhausted day.

thanks to my lil sis.ara Ali.
whole day accompanied me to wonokromo.
bought sometin not in my list!!
the best stuff i love...i bought 'bantal CINTA'.
euww !
dey kol it like dat here.
dun blame me people :p
it too big!
ngee :D
wonder y it kol like dat?
wait wait.
i show u.

















uh?asal lam pic nmpk mcm xbsar ek?
opps.attention..my teddy tu agak bsar jgk lah.
so.imagine by urself :D
dey kol bantal cinta sbb org kdai tu ckp,bntal tu utk org yg baru kawen.
so..share bantal..kalo gado pon xseparate tmpt tdo :D
hihik.pape je.
lg shocked bile org tu btau ade bantal poligami.LAGI panjang n bsar.
ish3.
manusie ni mcm2.

still thanks to my lovely.























ok.
stop sharing.penn off.
Zzzz.
lailatukum sa'idah :)

16 Jun 2010


current update munasharah.
demonstrasi GAZA.




  
Palestin terluka
disambar larva kebencian
termuntah dari kawah zulmat Zionis
membarah melebur rapuh harapan
dahan iman berguguran
terentap lena berpanjangan.
Palestin terluka
terperam di lembah berdarah
hanyut di alur hanyir nanah
terus disiat singa dan serigala
terbeliak hiba matanya
memandang kosong ke langit tinggi
mengharap pertolongan
dan kita saudaranya
dengan darah membuak di dada
terpaksa menoleh sebelah mata
melorek simpati
sebelum longlai dimamah syurga duniawi.
Palestin terluka
diterjah kereta kebal dan roket
adalah sebaris berita
memenuhi ruang retorik dada media
mengepulkan asap imarah
memenuhi ruang bicara
kelak resah dada yang terbakar
disuapkan gula-gula
biar senyap mati di sendat curiga
sesama kita.
Palestin yang terluka
lumat di ratah Zionis
adalah manifestasi
kita yang kehilangan jati diri

p/s:pic tu sbg bukti je :p

15 Jun 2010

taken from wafa's fb

heart feeling today :
sy terase.
sy kecik hati.
sy kecewa.
sy rse d buang.

ok.enough.
penn off.
 ~taken by someone~
please know dis..though i'm surrounded by all da girls in da world pun..i still love u n always will be thinking of u all da time baby..u're everything.. cz u're all dat i want..u're all dat i need..u're simply everything for me syg......

hubby to his wifey
so sweet..

14 Jun 2010

perkahwinan memisahkan kami?



A best friend
is always there,
whether you need advice,
or a pep talk,
or even a shoulder to cry on.
A best friend
listens with her heart
and is always honest with you,
even though the truth
may not be
what you want to hear.
A best friend
knows all your secrets,
understands your fears
shares your dreams.
A best friend
never stops believing in you
even if you give up
on yourself.
you are
that kind of friend
to me.
And no matter what happens,
you always will be.
You are my best friend....
my forever friend.
love u  ALIA NABEELA 

just now i knew about her becoming event.
hmmm..frankly speaking..its too fast for me.
sorry seems to be the hardest word lia.
i cant accept this.
i just can pretending happy here.
in fact,i miss u badly and wanna together with u like before!
ya..like what u said,we still can b together..
but it just for a while..
i just realized...i HATE marriage.!(astaghfirullah..)
hmm.separate us!
again,sorry.
hope life treat u well there in germany.
Our friendship's here to stay
Like weeds and rocks and dirty socks
It never goes away!
love u lia.

semoga hari ini aku kuat
walau air mata bagai waterfall.

13 Jun 2010

mutiara jernih ku gugur lg...

Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa.
Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini...
Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

 mentitik air mata aku bila aku dpt khabar dari mama ku...
"abah nk jual serena.."
serena yg dah berjasa utk kami adik beradik...
transport yg jd saksi pengorbanan abah and mama..
sekai lg pengorbanan mama abahku jadi taruhan dlm jihad ilmu kami adik beradik.
aku xkuat utk lihat mama abah ku terus2an buat pengorbanan tanpa tau penat dan susah..
sungguh..kami bkn dari keluarga senang....
yg cume tggl tnjuk2 nk bli apa d mall2 atau supermarket..dan tggl byr..
even kami bkn dari family yg snang..abah and mama xpenah nk biar kami rase susah..
abah ajar kami bsederhana..tp xkan biar kami susah...
mama ajar kami xberlebihan..tp xkan biar kami kesusahan..

skali lg mutiara jernih aku gugur bila aku tanya pd mama..
"finance abah and mama cmane.?."
jawab mama,"mama and abah yakin Allah akan mudahkan..klong jgn rsau ye"
kalau ikutkan hati..aku xnak susahkan mama abah utk study aku..
emmm...
mane nk pk duet utk angah kt yaman..
mane nk pk duet utk teh kt smka baling..
mane nk pk duet utk adek2 ku skola azhar yg prlu tga ratus tiap bln stiap sorang..
mane nk pk duet adekku yg skola private cina..

TAPI...aku bangga dgn mama abah ku..
sgt BANGGA.
sesusah mn pn mereka,mereka tetap usahakan yg terbaik utk jadikan kami 'somebody' utk agama.
dan sesusah mana pon mereka dgn mslh mereka sndri..
mereka tetap jd mnusia terbaik utk agama.
dan aqidah masyarakat..

alhamdulillah.. ..

 Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (An-Nisa: 36) 


buat adik2ku yg aku syg......
muhammad mujahid
sumaiyyah syahida
aisyah humaira'
muhammad huzaifah
solehah huda


sesungguhnya kalian anugerah terbaik buatku....
takkan ada yg boleh menukar ganti ksh syg kaklong utk kalian..
semoga Allah sentiasa menguatkan kita utk terus jihad demi agama.
semoga pengorabanan abah dan mama d bls dgn sebuah syurga Allah di akhirat bersama2 doa anak2 soleh.


aku bkn sang berjaya.
aku bkn sang muliawan.
aku bkn sang cerdik pandai.
tp..aku hanya sang anak yg sentiasa mendoakan syurga buat ibu ayahku.



kita perlu tahu, bahawa penekanan dan kewajipan yang tersebut di atas tadi lebih dituntut dan
menjadi berganda apabila ibu bapa mencapai usia tua atau sudah uzur. Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat.Bukannya semakin menurun danmerosot. Amat tercela dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta,tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua.Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt  terhadap kita.

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud:
“Ibunyamengandungkannya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.” (Al-Ahqaf:15)
Firman Allah swt lagi:
“Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.”
(Luqman: 14).

Allah swt menyebutnya: 
“Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua disisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.” (Al-Israk: 23)
buat insan yg bernama 
MOHAMAD FISAL B.ABU BAKAR dan MAIMUNAH BT MOHAMED BEON ....
anda insan terulung buatku.
anda insan terbilang d mata ku.
terima kasih utk kasih syg ini.

i'll be somebody..trust me.
wallahua'lam.

12 Jun 2010

big shocked about OUR stupid.

i was so shocked.
thanks azi sbb bg link ni.
sgt2 meaningfull utk sume ummat islam.
even kite xtau sejauh mne kbnrnnye..
at least mnde ni byk mnyedarkan betapa..
AKU bodoh.
tq.

http://www.dinar-emas.com/vatican.html

antara statement awal dlm conversation ni yg buat aku terlopong..

Aku; pak cik dr tadi asyk cakap “kami yg rancang….kami yg rancang”
    Haa….skang ni pak cik cakap la yang semua universiti kat dunia ni gereja yang Punyer…
    apa bukti…stakat cakap semua orang boleh…
    (sepatutnya jiran aku ni paling tak pun ada sikit rasa tercabar…tapi raut muka dia sikit pun takda rasa tergugat,malah pandang aku dgn perasaan kesian…bengang btul aku)
    Bishop ; ada pada satu hari tu di sebuah dewan,
   ada ramai orang,dari pemimpin,orang Kenamaan hinggalah ibu bapa,keluarga dan kawan2 datang untuk ucapkan Tahniah,
   berkongsi kegembiraan,kesyukuran kerana nendapat
   Segulung ijazah…mereka bergambar bersama,memegang ijazah dan Bunga di dada sambil melontar topi di awan dgn teriakan puas…

    Aku; jadinya kenapa?
    Bishop ; jubah yg mereka pakai tu adalah pakaian kami..
    Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu penuh bangga…
    Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka
    Malah mereka berebut2 melayakkan diri ke majlis itu.
    (jauh di benak aku mmg mengakui kte ni mmg kene bodoh2 je dngn yahudi nie…jubah tu mmg sme,Cuma modified ckt jer)

    Aku; ah….kalau saya graduate nanti saya tanak pakai pun jubah tu..
    ( tapi kalau tak pakai jubah tu pun tetap sama jer…tak ubah apa pun,belajar jugak ilmu)
    Bishop ; kalau mampu,silakan….
    Setiap 1 org menentang jubah ni, akan ada 1000 lagi yg akn menyarung jubah ni,
    …..MEREKA YG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YG AKN MEMPERTAHANKANNYA SENDIRI….
    kami tak perlu Buat apa pun..

    Aku; gereja jugak yang rugi…org islam semakin banyak yg pandai dan boleh Bersaing….
    Bishop ; sudah lama kami menanti org islam berkata seperti itu…
    Bukanyer mudah…………beratus tahun kami usahakan…….
    semakin ramai org islam memakai jubah kami, semakin banyaklah terlucutnya jubah Nabi Muhammad.

    Aku; pak cik silap ni…..makin banyak institusi pengajian islam kat dunia ni,dekat kampung saya malaysia lagi la banyak…
    Bishop ; awak tertinggal suatu ayat…. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR..
    dan saya Juga terlupa nak bertanya kepada awak sesuatu…

    Aku; apa dia?
    Bishop ; sekiranya ilmu yang kami lepaskan dari diri kami itu suatu kebaikan,
    mengapa tidak kami ajarkan kepada kaum kami sahaja,
    dan membiarkan kamu mentadbir wilayah sendiri mengikut kesukaan kamu selepas diberikan kemerdekaan ?
    ( pergh!!..terkedu siot aku…tarik nafas pnjg2..killer punyer soalan…aku diam seribu bhsa… )
    Bishop ; tak perlu jawab….lidah kamu dan huruf-hurufnya tidak layak sebagai jawabnya.
    (   jiran aku ni bleh tepuk bahu dan gosok2 bahu aku…suruh aku tenang pulak  )

klu korg nak tahu..bishop ni hidupnya sangat sederhana,
macam orang kampung…
tapi pegang banyak rahsia ….
berbza dengan freemason dan illuminati yg hidup berkuasa dan mewah..
adakah penampilan berkuasa dan mewah ni sebagai cover line supaya org takan sangka Paderi Jesuit ni sebenarya boss ?
and the bishop as the big boss ?…
tak berani aku nak tanya, ngelak kena bunuh jer…
tolong aku explain kata2 dia yang selalu berkias2 tu ye..


Jesuit Priest

Jubah Graduasi
Pernahkah kita terfikir tentang semua ini?
Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya.
Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
 
 guys!!!!!!!!!read it!!

wallahua'lam.
today reports.sharp 5pm.
exhausted.collapes.tired.sweating. = BADMINTON.
HAHA.cam sengal je kan.cm xpna maen bdmnton.
abes lebam2,sengal2 1 bdn..
ya Allah skt sgt2..
xpe2..'dear my self,chaiyyokk!!'
hik3.
BANDUNG COMPETITION wait 4 me!!
i'll be there..no matter what!! *confident nye*

p/s : nikmatnye bile bdn sht :D

10 Jun 2010

indahnya bila malu :)

Ada satu periwayatan bahawa pada suatu hari, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.







ukhuwwah fillah abadan abada.

aku adalah cantik

Bismillahhirrahmanirrahim...
segala puji bg Allah yg menjadikan aku sbg seorang wanita d klgn ummat manusia..
segala puji bg Allah menjadikan aku puteri di kalangan manusia terplih yg senntiasa mmperjuangkan hak agama di muka bumi Allah..
segala puji bg Allah yg mmberikan aku wajah yg bisa d lihat sempurna oleh hamba2Mu di bumi ini.
segala puji bg Allah yg sennatiasa mmberikan aku udara utk aku bisa bernafas dgn segenap kudratku..
syukur..syukur..syukur...
Alhamdulillah..
teringat aku sabda Rasulullah s.a.w...

"takutlah kamu kpd Allah berkaitan dgn kaum perempuan krn kalian telah mengambil mereka dgn amanah Allah dan menghalalkan alat kelamin(menikahi) mereka dgn kalimah Allah..."

betapa mulianya kedudukan dan martabat seorang wanita yg dpt kita lihat dri zmn  kedatngan islam sehingga kini..terlalu byk dalil al Quran dan hadis rasulullah yg menaikkan martabat kaum perempuan..
Aku juga seorang perempuan..dan bakal menjadi wanita.bakal menjadi seorang isteri dan seorang ibu.
Aku suka bila menekankan soal perempuan..sbb aku sendiri di lahirkan 100% perempuan :))
tergerak di hati kecil ini utk berkongsi pembacaanku pd hari ini...
pd ku buku yg bertajuk aku adalah cantik karya Dr.Hassan syamsi Bassa ini byk mmberi titik tolak sebuah permulaan yg baik bg stiap anak2 puteri d luar sna.

*tiba2 teringat psanan ibuku yg sering mnjadi zikirnya utkku..kalau nk sesuatu yg baik itu berakhir dgn baik..jgn biarkan muqaddimahnya buruk..termasuklah sebuah perhubungan lelaki and  perempuan..hehe...*

pndpt peribadiku remaja puteri adalah ibu masa depan and pencetak generasi2 akan datang..Rasulullah s.a.w juga sering memperkatakan hak wanita.setiap kesempatan hari lebaran,Rasulullah sering mnyampaikan kpd kaum muslimin perihal kaum wanita dgn mmberi ptunjuk2 dan nasihat tentang hal berkaitan wanita.

aku benci.menyampah.meluat.geli..saat melihat wanita sering didskriminasi pd akhir zaman ini...yg tmbh parah lg bila wanita itu sendiri kurang sedar mereka hanya dimanfaatkan dgn bgitu 'baik' sekali..sehingga terjadinya harga dan tawar menawar mnggunakan khidamat mereka sbg perempuan..baik daris egi paras rupa atau tubuh badan..!!
saat budaya barat yg menang telah mnguasai kita,keinginan byk klgn kaum wanita hnya tertuju utk mentaklid,memakai pakaian ketat,penampilan menawan *konon*,gaya rambut dan mcm2 style terkini.
sedangkan yg berkaitan dgn study psikologi dan cakerawala,mndalami agama dan akhlak tidak berhak mndapat perhatian sukit pon krn jati diri dan misi yg di usung dan di arak hanya krn tuada unsur nafsu dan syahwah!!!

sungguh...ini suatu penganiyaan trhadap harga diri kaum wnaita saat mereka di jadikan icon dan model utk iklan2 produk2 dagangan yg ada.
apa maksud gambar mereka tak cukup baju di kotak2 dan bkas2 sabun??
apa erti cover magazine yg dihiasi dgn gambar2 seksi wanita??
bukankah ni semua utk sarana tarik prhatian agar majalah2 terjual laris??so.....peranan wanita sbg PELARIS?!

para sahabat akhawatku sekalian...ya,mungkin benar kita mmg cantik di mata manusia di dunia..
tp cukup pastikah kita ini tetap cantik putih melepak berseri2 d mata Allah yg berkuasa atas setiap inci pd diri kita??
bersifat ZUHUD lah kita para sohibah ku sekalian.. *peringatan utk aku jua..*
zuhud pd hakikatnya adalah mmbersihkan hati dari kecintaan terhadap dunia.teringat aku dgn tazkirah abah dulu tntg kata2 ibnu Qayyim...
"sesungguhnya di dlm hati itu ada kekusutan yg hnya blh d hilangkan dgn mndekatkan diri kpd Allah..
di dlm hati itu ada rasa sepi yg hnya blh dihilangkan dgn keakraban brsama Allah..
di dlm hati itu ada kesedihan yg hnya blh dihilangkan dgn kebahagiaan makrifah Allah...
di dlm hati itu ada juga kegelisahan yg hnya blh di tnteramkan dgn bersama Allah dan berlari kepada Nya..

terima kasih mama utk buku aku adalah cantik..
ya,aku adalah cantik.

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku…
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…

nafsi,
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali





With love -
Your sister in faith
.

perkahwinan *belum sedia,siyes.*

hmm....
td around pkul 12tghari indonesia barat,tbe2 je beshfren aku tgur kt chat box fb..

dis is conversation wif her :

laling : ko balek bile?
aku : emm..xtau lg..nape syg?
laling : kalau ade hal pntg psl aku,ko sggup balek x?
aku : ish...hal ape?btau la..
laling : ade la..
aku : ym jom..

setelah di YM :

aku : weh..per cer?
laling : emm..aku rase dh smpai mse..
aku : eee..ape ni weh..aku xfhm
laling : im getting marry..
aku : ko jgn maen2....
laling : aku siyes nih...
aku : no no no...too fast 4 me..wehh!!jgn ar!
laling : siyes long...mak abah aku pn dh ok..
aku : :'(

yg laennya..biar la rhsie..
hmm..siyesly tbe2 aku rase sebak bile tau kwn baek aku yg slalu share susa sng dh nk kawen..
tbe2 je rse 1 kehilangan..tatau nape...
aku bkn xsokong die nk kawen...tp..hmmm ntah la...
kitorang dh mcm kembar...ke hulur ke hilir berdua..
then tbe2 je aku bakal ilang die as twin aku...
ye maybe die tetap ade mse kalau kawen nt..tp still terbatas!

Ya Allah..kuatkan lah hati aku..
berikan kemudahan dlm semua urusan sahabatku itu....
aku teramat sygkan dia..

p/s : indahnya nikmat ukhuwwah... :') love u  noorhafizah binti zakaria

9 Jun 2010

Dajjal laknatullah !



meniti kebosanan yg selimut diri aku ini..lalu aku dgn yakin mnyelak slh 1 buku adekku,Ara ali.
aku terpanggil utk meneliti buku yg bertajuk 'dajjal dtg,kiamat tiba'.
karya JAMEELA BINTI MUAYYAD.

Alhamdulillah.... :)

Sungguh bsar kash syg Allah kpd semua mnusia.Ksh syg yg ada dlm diri kita sndiri utk ibu bapa blum cukup sama dgn kasih syg Allah.kash syg terhadap suami juga blum memadai sperti ksh syg Allah terhadap hambanya.kasih syg yg ada d dunia ini tdk akan dpt menandingi kasih syg Allah..krn sememangnya Allah itu bersifat arrahman arrahim.

oh iya...based pada yg aku baca..akhir zaman ini..kita akan mnghadapi fitnah dajjal laknatullah.
dulu waktu zaman aku sekolah rendah..selalu sgt aku di igatkan oleh ustazahku.."kalau sebut dajjal,kena sebut penuh dajjal laknatullah....sbb kalau mention as dajjal je..nti dajjal akan naik ke permukaan bumi.1 kali sebut dajjal,1kali djjal akan naik sikit demi sedikit ke permukaan bumi.

nauzubillah...

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.


Dajjal,ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid) 

Sifat² Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya. 

Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya
waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg
kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga. 

Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’
Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s. 

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA
Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.
Cara-cara itu ialah:
Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dankekurangannya ini.
Kedua: Tertulis didahinya perkataan ‘Kafir’ yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.
Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.
Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: ‘…. Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya..’ (Hadis Sahih Muslim) 

Wallahua'lam. 
Semoga kita dilindungi dari fitnah Dajjal.