Pages

17 Sept 2010

terhibur ^^

nak share kat u all 1 pic yg di edit oleh sahabat blog :)
dlm sedih2 tadi hati sy ketawe riang tros bile tgk :)


hihik :DD
chill~
off.

3 comment's love:

azalaila said...

hye..
salam sis actually i ada baca apa awk tulis sebelum ni about niqab/purdah..also what anybody said when u use niqab and all laa kan..so sbnarnya scra jujur i x tahu ape function purdah and bila i pergi mesir then masa dkt padang pasir i tengok lelaki arab pun pakai purdah i really shock and i ask them...rupa2nya org arab pakai purdah terutama adalah di kawasan padang pasit 1 sebab panas kedua sebab nak menghalang debu n habuk padang pasir..dan mereka cakap wajah wanita as we know bukanlah aurat termasuk tapak tangan..dkt negara arab bukan semua org arab adalah muslim dan bukan semua kedai kita blh makan walaupun d'org tulis perkataan2 al-quran dkt kedai sbb mereka paham ape maksudnya..ORG ARAB X KIRA MUSLIM OR NOT dkt padang pasir mmg use purdah dan sesetngah dari mereka anggap purdah dah jadi kebiasaan anyway 4 u good luck sis just go on and just do what u want because we must know what we do.. :)

azalaila said...

Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalil-dalil ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajar orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramai mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguh dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadap kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah dan lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.

Wajip wanita muslimah memakai niqab النقاب atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.

persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya. Namun pendapat yang mewajibkan berpurdah adalah lemah, justeru itu berpegang kepada pendapat ini adalah berpegang kepada pendapat yang lemah.Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)....

wasalamm...
:)

Anonymous said...

salam

Islam itu dilengkapi dgn 3 ilmu teras, yg saling lengkap mlengkapi antara satu sama lain. iaitu akidah,fekah dan tasawwuf.

dgn akidah kita beriman dan ingin melaksanakan amal,maka kita perlu pada hukum fiqh.di tengah keduanya perlu kita selitkan tasawwuf,kerana tasawwuf adalah permaslahan hati.sedangkan fiqh hanya mmbahaskan secara luaran.

kalau mslimah pakai purdah kerana adat,atau kerana takut dekat padang pasir masuk habuk,maka hukumnya harus.tidak berpahala. tetapi kalau muslimah memakai purdah kerna yakin bahawa berpurdah lebih afdhal,maka hukumnya sunat dan beroleh pahala.sy tidak bsetuju kalau isu padang pasir atau habuk dikaitkan dalam bab berpurdah.

kena faham,bahawa berpurdah adalah dari babul aula.babul fadhail.dan orang yg berpegang dgn pendapat wajib berpurdah tidak boleh dilihat sebagai bpegang dgn pendpat lemah,sebaliknya mereka sbnarnya lebih 'kuat',jika disuluh dengan ilmu tasawwuf.

ya,kerana itu tasawwuf itu penting.dari sudut hukum fiqh seperti yg dinyatakan memamg betul dan diterima. tetapi jangan diabaikan tentang fadhail a'mal semata2 kerana merasakn ia dhaif dan lemah.

kita beramal kerana Allah bukan..sekadar mmberi pandangan.