Bismillahirrahmanirrahim...
Post kali ni agak special sbb agak membuka pekung di dada ini :')
Firman Allah:
1. Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka.
2. Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka
3. Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka. ( Muhammad 47:1-3)
so..2 golongan yang sangat2 berbeza..satu orang kafir, satu orang beriman. mahu pilih jadi orang yang sesat atau orang yang Allah senantiasa menghapuskan kesalahan dan membaiki keadaan kita? kita perlu membentuk diri dan kehidupan kita dengan manhaj/cara Islam.
"kejahilan itu merupakan satu rahmat dari Allah"
sedar atau tidak jika kita tidak ada kejahilan, kita tidak akan rasa sebagaimana yang kita rasa sekarang. kita tidak akan rasa betapa terangnya hidup sekarang. :)
kita tidak akan rasa betapa beruntungnya menjadi "the chosen one", kita tidak akan rasa betapa sayangnya Allah pada kita. itu yang saya sering fikirkan. malah Syed Qutb sendiri mengatakan beliau tidak pernah rasa menyesal di atas sifat jahiliyahnya selama 40 tahun sebelum mendapat kefahaman tentang Islam. banyakkanlah beristighfar dan mengucap hamdalah atas kurniaan special yang Allah beri ini.
bagaimana untuk mengucapkan SJ? (selamat tinggal jahiliyah)
1. Akidah yang sejahtera
- dengan berpegang kepada pegangan tauhid yang didatangkan oleh Rasulullah
- membebaskan dirinya daripada pengabdian kepada selain Allah dalam apa jua bentuk
2. Ibadah yang shahih
Firman Allah:
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
(Al Mulk 67:2)
- mengikut Al Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan ayat "siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya" ialah orang yang paling ikhlas dan yang benar amalannya.
3. Akhlak yang murni
- ialah lambang pemisahan antara Iman & Jahiliyah
- kita perlu tinggalkan akhlak2 jahiliyah
- dengan cara perlu bermujahadah dan latihan yang berterusan
4. Manhaj/Cara hidup yang lurus
- amaran kepada mukmin seluruhnya agar tidak tertipu dengan segala yang "bkn Islam"
- cth: membuat konsert amal untuk mengutip dana ( benar, ianya satu usaha yang baik, namun apabila konsert itu bercampur lelaki perempuan, apa sudah jadi?)
5. Wala'/Pergantungan yang benar
Firman Allah:
55. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (Al Maidah 5:55)
51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Maidah 5:51)
- step untuk kita memohon pertolongan ialah pertama-tamanya pada Allah, Rasul dan kemudian orang mukmin. dan teman setia kita bukanlah orang Yahudi dan Nasrani. :)
Syukran jazilan kps semua sister jakarta yg banyakberkorban masa dan tenaga dlm memastikan hati2 akhawat surabaya terus di pupuk dgn biah yg sejahtera. :')
Mungkin rata2 org kurang jelas erti 'sayonara jahiliah' itu sendiri.
Tapi buat saya,cukup lah saya katakan..im proud being fulltime muslimah and proud being women :)
Walaupun dulu ada perkara hitam yg mendahului dlm hidup saya,tp saya bersyukur kerana di sebabkan hitam jahiliah itu dululah yg menguatkan saya supaya terus tsabat atas jln ini dan terus mengkomparasikan yg benar dan yg salah :)
"pengalaman itu guru yang paling berharga buat hidup kita"
Semoga apa yg cuba saya share di sini,sama2 di fahami dan di aduni bersama dlm kehidupan seharian..
sayonara jahiliah :')
"Tarbiyah bukan lah segala2nya,tp segala2nya bermula dari tarbiyah" (Yusuf Qardawi)
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
off
:)

2 comment's love:
bile tgk gmbr lame tu
plus igt ruq kt mh rse sgt kagum dgn anda skrg :)
moge istiqamah (utk dri sndri gk^^)
Post a Comment