Bismillahirrahmanirrahim..
Salam menghitung ketibaan ramadhan buat semua :)
Dah lama rasa nya tak update blog ni . busy mentraining diri jadi suri rumah. opss! hihi.
Alhmdulillah3..bila duduk rumah ni,rasa puas sgt2.ye lah, berada di rumah sendiri kan. 'paradise house' hihi :D
Mesti ramai yg xsbr nak tggu ramadhan kan? :) bulan mulia, bulan meraih 1001 keberkatan yg Allah janji,mmg byk syafaat utk para muslimin.so,indeed sesiapa yg tak cuba meraih pahala sebanyak banyak nya, maka rugilah kalian.semoga kita sama sama menjadi org yg mengejar pahala ramadhan ini :)
Okay, lets straight forward to the main topic here. dutiful to parents :)
Bila duduk rumah ni, rasa seronok and puas dpt ringankan beban mama and abah.
Ingat lg dulu waktu kecik2, suka sgt merungut bila di suruh itu ini, sampai minta upah 50 sen la 20 sen la kalau mama minta tlg sidai kain and so on. -.-'
Betapa berkiranya utk membantu mama abah dulu :'(
Alhmd, bila dah besar.. perkara yg paling mudah utk bantu,thru kerja rumah and everything in their works.
Mungkin belum sampai masa utk sy mmberi duit hasil titik peluh gaji,tp at least sbg anak meringankan kerja mereka and membuat mereka senang is one of the way make them smile :')
Maybe ramai yang kurang menyedari betapa pentingnya berbakti kepada org tua,di sini sy menyeru diri sy sendiri dan saudara saudari fillah sekalian,hargailah mama abah kalian dan berbuat baik lah seboleh mungkin selagi kita mampu dengan sepenuh jiwa kerana berbakti kepada kedua orang tua merupakan salah satu amal soleh yang mulia bahkan disebutkan berkali-kali dalam Al Quran tentang keutamaan berbakti pada orang tua. Allah Ta’ala
berfirman:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.” (An Nisa: 36).
Di dalam ayat ini perintah berbakti kepada dua orang tua disandingkan dengan amal yang paling utama yaitu tauhid, maka ini menunjukkan bahwa amal ini pun sangat utama di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Begitu besarnya martabat mereka dipandang dari kacamata syari’at.
Nabi mengutamakan bakti mereka atas jihad fi sabilillah, Ibnu Mas’ud berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rosulullah, ‘Amalan apakah yang paling dicintai Allah?’ Beliau menjawab, ‘mendirikan solat pada waktunya,’ Aku bertanya kembali, ‘Kemudian apa?’ Jawab Beliau, ‘berbakti kepada orang tua,’ lanjut Beliau. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian?’ Beliau menjawab, ‘Jihad di jalan Allah.’” (HR. Al Bukhori no. 5970).
Demikian agungnya kedudukan berbakti pada orang tua, bahkan di atas jihad fi sabililllah, padahal jihad memiliki keutamaan yang sangat besar pula. Masya Allah :')
So, jom sama2 membuat kebaikan kpd org tua. tidak ada istilah rugi membantu dan membuat mereka bahagia.TIDAKA ADA SAMA SEKALI :)
off.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comment's love:
Post a Comment