aku bukan la william shakesspears yg nak bermadah balaghah pnuh bunga2 kehidupan.
atau bunga2 taik ayam. *huh*
tapi aku sbg manusia yg berfitrah penuh rasa kasih dan syg,
terlalu teruja taksub utk tahu apa nilai setia.
nilai setia di mata Allah.
nilai setia di mata manusia.
ok ok,fine,cube kita pike balek la kan,if hal ni kite dgr :
1) "dose ko curang cmtu..die setia gile kat ko.."
2) "Demi Allah sy xkan tgglkan awak,sy janji"
3) "nape ko buat mcm tu..ko maafkan je la die,die dah byk gle berkorban utk ko"
ok,cukop takat tu.pernah tak kite pike utk hal yg ptame ? pike kan dose curang tp x pike kan dose berkasih2an sblm nikah and so on..?? haha,sengal kan kita wahai manusia?sebok merasa berdosa dan bersalah pd psgn.tapi x sebok merasakan bersalah pd Allah atas apa yg dah kita buat tanpa dpt redha Allah.cam hape je lg prangai kan kan.
'wala taqrabuzzina' okey :)
ok ,hal yg kedua.hihi :D sng giler kn maen sumpa sumpa camtu.siap gune nme Allah lg.weh!hape ni..kite beriman atas name Allah.beribadah atas nme Allah,tp jgn la smpai nk buat maksiat atas nme Allah.kurang hajar sgt tu.nak bejanji setia konon lah kan.pade hal bkn tau pon jodoh dgn sape.mende tu dah termaktub,taqdir yg ditetapkan okey.
plus,korang tau ke ajal bile?entah2 mati pas janji cmtu..so,pe cer kalo dh sumpa sumpa gn nme Allah tu?uiit~ pike la2 lah wahai manusia.
Allah dah berfirman dlm surah As saff ayat 3:
"sgt lah benci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan"
okey,pike sendiri la :)
Hal ke tiga tu,mcm biase jadi je kan kan :D kite sggup berkorban utk org yg kite syg gile.tapi sggup ke kite berkorban demi agama Allah,demi ummah islam di muka bumi ini?contohnye lah kan,bab boikot memboikot ni.even kite dh tau sume dana hasil produk2 boikot tu transfer ke us utk buno org islam,kite dgn yakin dan bangge,beli jugak kan?mkn jugak mcD,mkn jugak KFC.Entah la..layak ke kite bercakap soal pengorbanan kalau mcm tu?hal sekecik tu pn kite xley nak korban utk ummat islam yg sedang di tindas,ape tah lg kalau nak ajak beperang korban tggl anak bini and katil tilam empuk kat umah tu kan kan? :)
okey,ape tu SETIA ek?
jom aku bawak satu kisah yg aku bace dari sebuah kisah teladan :)
Disebuah pekan kecil di Switzerland terdapat sebuah tugu seekor anjing di sebuah stesen kereta api. Pasti ada cerita menarik disitu.
Pada suatu hari, tuan anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dalam kedinginan mereka menuju ke stesen kereta api tersebut. Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pekan lain atas satu urusan.
Sebaik sahaja kereta api sampai, tuannya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing menjilat-jilat tuannnya. Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama kereta api yang menjalar di atas landasan pejal meninggalkan anjingnya di belakang.
Apabila sampai ke pekan yang dituju, tuannya diserang sakit mengejut. Penyakit yang membawa kepada kematian lalu jenazahnya disemadikan di sana.
Keesokannya seperti semalam, anjing ini keluar dalam kedinginan menunggu dengan penuh setia tuannya di stesen. Apabila kereta api sampai, ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak, apabila pintu dibuka namun tidak menemui wajah tuannya. Kereta api kemudian berlalu pergi membelah hari dan dengan sugul ia mengatur langkah pulang.
Keesokannya ia datang lagi buat menunggu tuannya dengan penuh setia. Begitulah hari-hari yang mendatang ia ke stesen tersebut. Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak di sekeliling stesen kegembiraan. Apabila kereta api sampai sambil menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manja, tuannya pula akan mengusap-usap kepalanya. Penumpang seperti biasa melangkah keluar seorang demi seorang namun tidak ada wajah tuannya. Dengan wajah sugul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen.
Ia tekun mengulang perkara yang sama setiap hari selama bertahun-tahun, musim berlalu silih berganti. Ia tetap menyalak riang sebelum kereta api datang dan kemudian pulang dengan sugul, namun di manakah tuannya?
Sehinggalah anjing itu tua, ia hanya duduk mundar mandir disekitar stesen namun masih tetap setia menunggu tuannya pulang. Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring lemah dengan wajah penuh sayu, menanti dan terus menanti. Panjang sungguh episod dukanya. Dalam

afas-nafas terakhir dia masih setia menunggu di tempat yang sama tuannya membelai buat kali teakhir, disuatu masa yang lampau. Di stesen itu akhirnya dia menemui ajal, pada sebuah penantian yang tiada noktah.
Begitulah setianya seekor anjing. Pihak stesen yang merakamkan kisah ini membina sebuah tugu sebagai lambang sebuah kesetiaan.
Bila melihat kisah ini benarlah apa yang telah disampaikan oleh Saidina Ali : "Aku belajar tentang Taqwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya."
Alangkah malunya kita bila kita dibandingkan kita sebagai manusia dengan Allah dan antara seekor anjing dengan tuannya. Lihatlah bagaimana seekor anjing dilayan. Tuan anjing hanya memberinya makan di bawah meja, tidur pula di ruang asing di luar rumah. Ketika hujan turun tempiasnya membasahi anjing lalu mengigil kesejukan.
Satu-satunya kelebihannya ialah dia sedar bahawa dia bukan anjing jalanan yang tidak bertuan. Itu sahaja! Namun seekor anjing tetap setia kepada tuannya.
Sedangkan kita sebagai manusia bukan menerima makanan lebih di dunia ini, bukan menumpang di rumah asing, sebaliknya kita menguasai dunia ini. begitu banyak kurniaan Allah kepada kita sehinggakan para malaikat memberikan tuduk hormat pada hari pertama kejadian kita.
Begitu besar apa yang telah kita terima dari Allah. Tetapi malangnya kita masih belum mampu untuk setia kepada-Nya. Apakah yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalahkan ini?
Dalam jalinan perhubungan seharian, nilai tertinggi adalah kesetiaan. Lihatlah kepada
pasangan suami isteri, apakah ikatan teras kepada ikatan mereka kalau bukan kesetiaan?
Apakah akan terjadi bila tiada kesetiaan?
Masih adakah hubungan?
Kekayaan dan kesenangan mungkin tiada, termasuklah luput kegembiraan atau apa sahaja
termasuk yang paling didambakan iaitu kasih sayang, mereka masih tetap bersama selagi masih ada kesetiaan!
Begitulah tingginya nilai kesetiaan. Dan kesetiaan yang paling asas adalah kepada Allah yang menjaga kebajikan kita.
Wallahua'alam.

muhasabah utk hari ini.

1 comment's love:
kalau curang... bermakna curang.. dia masih x meninggalkan dosa berkasih dengan orang yg x halal baginya...
how can u say "pike kan dose curang tp x pike kan dose berkasih2an sblm nikah and so on..??" still the same right... correction plzz....
Post a Comment