smlm aku di tanya oleh sorang kawan yg sgt rapat dgn aku.
soalan nye berbunyi mcm ni.."if 1 day later,Allah taqdirkan ko bermadu..ko sggup?ready?"
Ya Rabbi....tersedak aku bile dgr soklan tu.huk :(
*takot*
*fobia*
*seram*
aku diam utk waktu yg agak lame,smpai la kwn tu buzz ym smpai nak retak skrin tu ha.
then,dgn kekuatan yg ade..aku rep balek.."soklan ni kena pk btol2,baru aku blh jwb.sok pg on9,aku jwb"
*diam*
aku sepi dalam seribu rase.entah knp tibe2 aku jadi lemah.
sumpah aku xpernah rase mcm tu sblm ni..
tp utk ptame kali nye aku merasakan ade suatu yg aneh bile soklan tu keluar utk aku.
then...aku amik wudhu' n solat spy ht aku tenang.
lame aku statik atas sejadah..
aku berfikir berkali2 soalan tu.tiba2,aku terpandang suatu buku munakahat
*kajian fiqh nikah lengkap* milik adik bilikku.
aku selak 1 per 1..
aku teliti muqaddimah poligami..aku puas.
:)
terima kasih Ya Allah.
Kau menguji hamba Mu hanya dgn sbuah soalan yg berat.
soalan yg bisa mngetahui tahap imanku pd Mu.
sungguh sblm ini aku menentang poligami,bkn krn aku tentang sunnah.tapi krn aku benci lelaki tak setia.
Ada wanita yang mengatakan hukum poligami tak sesuai dan tak perlu dipraktikkan,pada aku anggapan ini salah :), dan kerana salah anggap inilah kaum wanita begitu takut dan berasa dirinya tersisih jika suaminya berkahwin lagi. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud.. :
Akan datang suatu zaman di mana lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita, meminta perlindungan kerana sedikitnya lelaki dan ramainya wanita.?
Apa yang diucapkan oleh Rasulullah kira-kira 1400 tahun dahulu kini sudah mula terjadi. Rata-rata di seluruh dunia bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Andal usia menjadi masalah kepada masyarakat masakini, ramai anak dara yang sudah lanjut umurnya tidak berjaya menemui pasangan hidup kerana ramainya wanita melebihi lelaki.
As individu muslim, kita seharusnya membuka mata dengan luas mengapa ramai wanita yang sudah lanjut usianya masih tidak mempunyai pasangan hidup. Sedangkan keinginan berkahwin adalah satu fitrah yang murni jika tidak dipenuhi manusia akan mengalami tekanan atau kekosongan jiwa yang berterusan. Fikiran terganggu, malu pada cemuhan masyarakat dan hari tuanya akan dilihat begitu kosong dan amat menyusahkan.
Memperjuangan iman dan tunggak utama dalam kehidupan berpoligami, jika bukan kerananya, usahkan poligami, hukum-hukum Allah yang lain juga tidak mampu untuk diperjuangkan. Imanlah yang mendorong wanita bahawa poligami itu baik, cantik dan berfaedah kepada manusia, masyarakat dan agama. Memang tidak dinafikan adaranya rasa sakit bagi wanita berpoligami, tetapi hati yang takut dengan azab Allah akan menjadi tenang, dan hati akan menjadi benteng diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik :)
*diam*
Iman akan memujuk nafsu jahat agar tunduk dan tidak bersikap liar terhadap suami dan madu. Inilah mujahadah namanya. Mujahadah dalam menundukkan kekuatan nafsu dan pujukan syaitan yang sentisa mencari peluang menjerumuskan kita ke dalam neraka.beriman adalah hak untuk semua orang. Bukan terbatas untuk orang tertentu sahaja. Ini kerana Allah telah memberi peluang kepada setiap hati. Firman Allah Yang bermaksud :
Dan sesungguhnya kami telah menunjukkan kepada dua jalan, jalan kebaikan untuk dijalani dan jalan kejahatan untuk dijauhi.
(Al-Balad ayat 10)
Bagaimana iman dapat menjayakan poligami? Jawapannya bila rasa takut mendalam di hati, manusia itu akan takut melakukan peranga-perangai yang buruk iaitu yang mendatangkan dosa. Walaupun nafsu meronta-ronta untuk melakukan perkara yang mungkar, tetapi iman dan takwa dapat mengawal. Justeru itu wanita yang dapat menerima poligami dengan baik dalam hidupnya adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman,Iman yang kuat di dada akan menjadikan badan yang sakit, sihat. Demi mendapatkan badan yang sihat seseorang terpaksa menelan ubat walaupun pahit. Demikianlah sikap orang mukmin dalam menerima takdir, walaupun pahit namun kerana yakin takdir itu untuk keselamatan untuk kehidupan lahir dan batin mereka menerimnya dengan sabar.
Wanita yang tabah kerana di madu sanggup melawan nafsu yang mengajak kepada kejahatan untuk taat keputusan Allah, iaitu hasil mujahadah iman dan takwa. Itulah sumber kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dengan kuatnya keyakinan seseorang pada janji Allah, yakin rasa ingin selamat kepada keselamatan di dunia dan di akhirat akan mendorong seseorang untuk melakukan amal soleh. Orang yang beriman sentiasa sensitif dan serius dengan Allah. Matlamat hidupnya semata-mata untuk Allah yang menciptanya. Sesuatu yang disukai Allah tetapi amat menyakitinya akan diterima dan dilaksanakan dengan redha. Sebaliknya sesuatu yg dibenci Allah, walaupun terlalu diingini akan ditinggalkannya. Sebab keredhaan Allah itu lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Dia tahu allah Maha Pengasih dan bermaksud baik padanya.
Dengan sifat redha, poligami akan dirasakan sebagai jihad pengorbanan fisabilillah. Kesakitan dan kekurangan yang ditanggung kerana menunaikan perintah Allah dikira sebagai penghapus dosa dan mengurangkan hisab di padang mahsyar. Ujian-ujian dalam gelanggang poligami meletakkan mereka dalam gelanggang mujahadah. Apakah selain dari iman yang ada sebagai pendorong yang menjadikan wanita memandang poligami sebagai perkara yang baik dan berfaedah?
Ilmu pun tidak menjamin seseorang menerima hakikat poligami, kerana kita lihat masyarakat orang berilmu dan para cendiakiawan yang paling ramai menentang poligami. Wang? Pun tidak, manusia yang diumpan dengan wang akan menjadi bertambah rakus dan tamak, bergaduh sesama sendiri. Sihir? Lebih-lebih lagi tidak, kerana mereka yang banyak bermain sihir paling banyak masalah dan penderitaannya.hmm. :'(
Dari itu sebagai wanita kita tidak akan nampak perkara-perkara lain yang akan mengindah dan mencantikkan poligami selain dari IMAN.
mungkin bagi wanita yg berpoligami di luar sana merasakan mereka telah berkongsi suami,ya tentu skali.tp ingat lah..ia cuma sementara,di dunia.
tapi apabila di syurga kelak,mereka lah biadadri setia kpd suaminya yg saban hari mendoakan suaminya tika di dunia.
pada waktu itu..indahnya alam kekal bahagia tak mampu di ucap dgn kata kata :)
result : andai itu taqdirnya,aku redha :)
13 Jul 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comment's love:
Post a Comment