1 Jan 2011
ubat penyakit rindu ^^..
Aku juga manusia biasa yg lahir utk jadi seorang yg luar biase.Ye,aku seorang daie yg di pandang tegak oleh rata2 insan.Tapi still..aku tak lari dari rasa rindu kpd sesama insan..and mlm ni betul2 menguji imanku.. :'(
really suffered dgn rase rindu ni...
Tapi alhamd..hasil pembacaan aku tntg apa yg dikatakan tntg rindu..ini lah jawapannya..perkongsian sesama manusia.buat sesape yg terkena penyakit rindu mcm aku jugak :)
Moga ia bermakna buat sesiapa yg membacanya dgn lapang dada..
1) Ikhlas kepada Allah : Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon keampunan daripada Allah. Seandainya kita ikhlas kepada Allah, pasti Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”.
2) Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah : Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang paling agung. Saat kita dalam kebuntuan atau dalam kesempitan, doa yang ditadahi memohon pertolongan Allah membuatkan diri terasa hampir denganNya. Kepada Allah sahajalah tempat segala permasalahan diluahkan dan tempat merayu yang paling tepat.
3) Mengurus mata dan pandangan : Pandangan yang berulang kali adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hatinya terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan : “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terajuk ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi dirinya sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.
4) Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang dikagumi. Walhal pernikahan dengan orang yang tidak dicintai dan diidamkan namun sekiranya keputusan itu berdasarkan ilham dari solat istikharah lebih bahagia berbanding dengan pilihan berpandukan nafsu semata-mata.
Cinta, jodoh dan perkahwinan fitrah kejadian manusia. Namun mengapa kita kita sanggup mencari risiko dengan mengundang kemurkaan Sang Pencinta semata-mata demi memuaskan hawa nafsu? Tidakkah ia boleh dijauhi dengan menjadikan iman perisai perlindungan? Ingat, Segala ketentuan terletak dalam pengetahuanNya, oleh itu biarlah segala urusan bertunjangkan petunjuk daripadaNya ;) Wallahu'alam.
p/s : trm ksh kpd yg merinduiku juga :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



3 comment's love:
Sebuah testimoni yang mengharukan. Sebuah pengakuan jujur seorang muslimah yang memegang syariat Islam yang konsisten. Bawalah rindumu dalam bingkai 'aqidah, syariah dan tauhid. Niscaya Allah akan memberikan petunjuk yang terang dan gemilang. Cinta adalah sebuah karunia, namun hendaknya cinta senantiasa dibawa dalam rona indah bimbingan sang Musthafa. Semoga engkau senantiasa kuat untuk menahan rindu dan kelak akan dipersunting seorang Ksatria yang Tampan, hebat dan sanggup menjadi Imam yang digdaya serta teladan bagi mu dan anak-anakmu kelak. Percayalah, bahwa ketanggguhanmu dalam berjuang menahan rindu pada kekasihmu, senantiasa akan dicatat oleh Rabb, sebagai sebuah perjuangan yang berat, perjuangan dinegeri kami, yang mungkin masih asing bagimu serta berjarak ribuan Kilometer terpisah dengan selat, laut dan samudra biru. Semoga engkau mampu teguh dan kuat serta ikhlas dalam menapak perjuanganmu ini. Allah mencintaimu dan mencintai Kita semua.
kita hanyalah manusia biasa
terlahir dari doa dan Asa
tiada lelah kita memuja
kepada Allah yang maha kuasa
banyak anugrah ia berikan
banyak rahmat dia sampaikan
semoga kita selalu tercukupkan
dengan buaian rahmat dan cucuran iman
cinta dan rindu adalah biasa
sebab kita adalah manusia biasa
semoga tuhan tetap setia
menjaga semua yang kita cinta
ya. rindu ibarat pisau bermata dua. satu sisi ftrah Tuhan dan sisi yg lain berasal dari hawa nafsu. selalu memohon petunjuk pd Tuhan dan selalu bersikap rasional. semoga rhmat selalu bersama kita
Post a Comment