Pages

17 Jul 2011

biah solehah

Bismillahirrahmanirrahim.


salam nisfu syaaban semua :)
Agak lama tidak meng-update belog ini krn kekangan masa,travel sana sini melihat hiruk pikuk dunia di tanah jawa,alhmd.. berbaloi dalam mentadabbur alam :)


Oke, bukan itu point nya mlm ini.yg menjadi my main point adalah,perlukah biah solehah atau surrounding yg baik? :) *sila pejamkan mata dan lihat diri kita skrg,cukup terjaga kah akhlak kita skrg?*


Mlm ini tepat jam 7mlm waktu msia dan 6mlm waktu indonesia barat,telah berlangsungnya makan malam bersama timbalan perdana menteri dengan student2 malaysia di surabaya,alhmd meriah sekali,makan byk,lucky draw pun semua ipad dan hanphone.meriah,sgt meriah.sangat beruntung student surabaya.TETAPI,untung yg bagaimana? :)


untung yg sy maksudkan adalah,untung kerana dapat mengenali mereka dengan lebih 'dekat' :)


pelajar di sini telah mempersiapkan begitu banyak perfomance utk tan sri dan para datuk itu.Dan sehari sebelum berlangsungnya dinner tu,AJK dinner telah bertemu dgn wakil datuk utk melihat tntatif prog,dan di sebabkan kekangan masa,datuk minta ada perfomance yg terpaksa di tolak,dan nak tahu datuk pilih persembahan apa utk dibuang? datuk dgn sngnya memilih NASYID utk di buang,katanya tidak penting.sedangkan mereka team nasyid bertungkus lumus training utk memberi yg terbaik sama seperti team joget,asmaradana dll. :)


Dan ketika acara dinner berlangsung,acara 'common' berlangsung,iaitu bersalaman dan beramah mesra dgn datuk berlangsung.tidak kira lelaki dan perempuan,semua datuk salam.baik sungguh datuk.peramah sekali :) dan ketika sampai di meja sekumpulan yg bertudung tutup dada dan 'menjaga',datuk tanya "ni ambil kos apa",dan kelompok itu menjawab "syariah".tahu apa jwpn datuk? "oh,maknanya saya xboleh salam la ni sbb org syariah" :) terima kasih datuk krn mempamerkan sifat anda yg buat sy berfikir,begitu dalamnya pemahaman datuk konsep halal haram ya :)


berbalik kepada manusia yg hadir pd mlm yg penuh meriah itu,semua nya berbusana penuh glamour,cantik sekali alhmd :) Tetapi,berjuta tahniah buat yg berbusana cantik menawan tetapi tidak mempamerkan aurat anda,kepuasan akan tertancap di hati kalian yang menjaga aurat bila mana anda berada dlm biah yg tidak sht,ketika itu anda akan merasakan nikmatnya saya menjaga iman melalui proses tamayuz berbusana :)


Kadang,hati ini terketuk dengan suatu pertanyaan, "apa akan jadi pada aku kalau surrounding aku adalah org yg bkn mahukan islam?atau mungkin org2 yg tidak sefikrah?" Na'uzubillah...
Alhmd,Allah tahu apa yg sy perlu :) Allah tahu tahapan sy sbg hambaNya :) 
Allah itu ada untuk membantu kita, cuma kita yang jarang mendekati-Nya.

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Allah Azzawajalla berfirman dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku dan Aku akan selalu bersertanya selama ia mengingat pada-Ku. Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hamba-Nya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."
[Muttafaq 'alaih]
Kita rasa lemah 
Kita rasa tidak mampu.
Kita rasa hopeless.
Namun, sudahkah kita kembalikan ujian itu kepada Allah? Bukankah Allah itu telah berjanji bahawa Dia sentiasa bersama dengan mereka yang berusaha untuk bergerak mendekatiNya?
Dan adakah sesiapa yang lebih tepat janjinya, berbanding Allah? Tiada.
Sungguh, tatkala kita diuji, di masa rasa lemah itu menyapa kita, Allah itu sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. Cuma terkadang, kita sahaja yang jarang berusaha untuk mendekati-Nya.
Justeru, di saat diri merasa lelah dan tidak mampu,
Kembalikanlah jiwamu kepada Allah.
Sepenuhnya.
Dan jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Ayuh!
Lalu, dari-Nya kau akan merasakan, kekuatan itu akan kembali hadir, dan mula bercambah di dalam jiwamu.
Dengan izin Allah, semestinya.

off

p/s : orang beriman umpama pohon yang merendang. Akarnya sangat kuat dan sangat sukar untuk dipatahkan :)

6 comment's love:

Unknown said...

Subhanallah.. perkongsian yang menyentuh hati.. terika kaih ukhti.. Bersyukur sbb kita dilahirkan dikalangan org islam.. entah mcmn kan lau kita lahir di surrounding yg bukan islam.. huhu.. Rasanya, no limit anymore.. ^^ Sy teringat satu hadis, "sesungguhnya islam itu pada mulanya asing dan pada akhirnya akan menjadi asing jugak"....^^

ruqaiyyah annamirah said...

Alhmd , smg kita sama2 mndapat manfaat dri ibrah pengalaman sy di post kali ini :) trm ksh a.zaimi :)

Anonymous said...

Salam Ziarah . .

Alhmdulillah satu perkongsian yg amat menarik . .
Islam itu smemangnya indah,c:

Syukran ye ukhti sudi berkongsi . .

Salam perubahan,

Mohd Areef said...

Salam ziarah..
teruskan berbloging..
jemput lawat ke blog sy..

Mohd Areef said...

Salam ziarah..
teruskan berbloging..
jemput lawat ke blog sy..

Anonymous said...

alhamdulillah progam dinner bersama dato' or YB masih lagi berkekalan bagi pelajar malaysia kat surabaya. itu tandanya jalinan silaturahim masih lagi kekal. dan thanks sangat to ruqaiyyah annamirah yg sentiasa berkongsi kisah2 yg penuh manfaat.