Pages

18 Oct 2011

Kecewa

Bismillah...
aku marah. aku geram.
Hukum agama di pertikai.hukum agama di ambil ringan.hukum agama di bahas golongan intelektual bawahan!
tolong jangan jadi hamba nafsu yg hanya takutkan bayang2 kesalahan sendiri sampai hukum Allah nak buat sambil lewa.


Dah besepah sepah kes dah jadi kat malaysia,still nak mengelak bagai.mana pergi ulama'2 yang ada dalam pimpinan parlimen yg konon faham agama sgt tu? bab lain u all boleh berhujah bagai sampai ada yang berani keluar fatwa perempuan boleh berzina kalau darurat. -.-"

Hukum Hudud Zalim Atau Hukum Manusia Zalim? Merujuk Kepada Persoalan Dalam Buku Ustaz Azhar Idrus Pada Mukasurat Akhir (m/s 179) Mengenai Hukum Rotan. Soalannya Berbunyi...

Hukuman orang yang berzina adalah sebat 100 kali. Bagaimanakah cara sebatan yang sebenar?

Jawapannya : Sarjana Islam menetapkan apabila menghukum penzina yang dikenakan hudud 100 sebatan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan, kayu ataupun seumpamanya.

Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan. HARAM memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah bagi mengelakkan kecacatan wajah ataupun kematian.

Pukulan perlu sederhana sahaja, iaitu tidak kuat dan terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukanlah membunuh, tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah HARAM kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit daging.

Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan di dalam penjara sekarang ini. Pesalah lelaki didalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.

Pukulan dikenakan ke atas beberapa tempat pada badan. HARAM memukul pada tempat yang sama.

* Sekarang nie hukuman mana yang zalim? Hukuman yang dicipta oleh manusia atau hukuman yg dicipta oleh ALLAH?. Mengapa bila menceritakan tentang hukum HUDUD, puak-puak kerajaan sedaya upaya menentangnya?*


ini kes terbaru yg keluar pasal pembunuhan bayi.dah la berzina,pergi kelar pulak baby! sampai bila hal ni nak berlarutan di Malaysia! tak perlu bangga isytihar malaysia negara Islam kalau hukum hudud yg sah2 syariat Allah kau nak pertikai bagai.
so, guys check it out :

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek



Islam itu indah dan tidak menyusahkan,maka jgn jd manusia yg hanya menyusahkan diri sendiri dan sekitar kita.selama mana anda menafikan dan menolak hudud sedarlah di situlah titik iman anda!

4 comment's love:

DiA said...

astaghfirullah. kejam nyeeee :'(

mohdhazlan Dreadlock said...

nauzubilah

ruqaiyyah annamirah said...

nadiah : kejam sgt kan :(
azlan : doakan yg terbaik utk ummah kita!

naemah said...

bimbang dengan masyarakat sekarang yang jahilnya mengenai agama perlu dipersoalkan... Aqidah yang makin terumbang ambing ... economi yang jatuh menjenum dibutakan dengan ganjaran2 lumayan oleh pentadbir.. kerseronak yang melampau sehingga tiada lagi batasan antara punca2 yang boleh kita lihat dengan jelas.... Masyarakat sebenarnya tak tahu apa kebaikan hukum Allah berbanding hukum manusia yang berpinda saban waktu. Waktu yang digunakan untuk meminda dan menempek undang2 supaya selari dengan perkembangan semasa akhirnya menjadi barah dalam masyarakat. Persepsi masyarakat bukan islam khursusnya dan amnya masyarakat islam tentang hukum hudud tidak sesuai untuk zaman sekarang adalah melesat. wajar sebagai mahasiswa, kita juga sebagai salah satu komponen masyarakat membantu saudara2 kita memahami keindahan syariah islamiah. Kerna itu jalan yang terbaik dari kita menunding jari kepada pihak2 yang tertentu. Islam itu mudah dan sangat indah tapi jangna kita terlalu memudahkan =)..