Pages

13 Jun 2010

mutiara jernih ku gugur lg...

Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa.
Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini...
Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

 mentitik air mata aku bila aku dpt khabar dari mama ku...
"abah nk jual serena.."
serena yg dah berjasa utk kami adik beradik...
transport yg jd saksi pengorbanan abah and mama..
sekai lg pengorbanan mama abahku jadi taruhan dlm jihad ilmu kami adik beradik.
aku xkuat utk lihat mama abah ku terus2an buat pengorbanan tanpa tau penat dan susah..
sungguh..kami bkn dari keluarga senang....
yg cume tggl tnjuk2 nk bli apa d mall2 atau supermarket..dan tggl byr..
even kami bkn dari family yg snang..abah and mama xpenah nk biar kami rase susah..
abah ajar kami bsederhana..tp xkan biar kami susah...
mama ajar kami xberlebihan..tp xkan biar kami kesusahan..

skali lg mutiara jernih aku gugur bila aku tanya pd mama..
"finance abah and mama cmane.?."
jawab mama,"mama and abah yakin Allah akan mudahkan..klong jgn rsau ye"
kalau ikutkan hati..aku xnak susahkan mama abah utk study aku..
emmm...
mane nk pk duet utk angah kt yaman..
mane nk pk duet utk teh kt smka baling..
mane nk pk duet utk adek2 ku skola azhar yg prlu tga ratus tiap bln stiap sorang..
mane nk pk duet adekku yg skola private cina..

TAPI...aku bangga dgn mama abah ku..
sgt BANGGA.
sesusah mn pn mereka,mereka tetap usahakan yg terbaik utk jadikan kami 'somebody' utk agama.
dan sesusah mana pon mereka dgn mslh mereka sndri..
mereka tetap jd mnusia terbaik utk agama.
dan aqidah masyarakat..

alhamdulillah.. ..

 Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (An-Nisa: 36) 


buat adik2ku yg aku syg......
muhammad mujahid
sumaiyyah syahida
aisyah humaira'
muhammad huzaifah
solehah huda


sesungguhnya kalian anugerah terbaik buatku....
takkan ada yg boleh menukar ganti ksh syg kaklong utk kalian..
semoga Allah sentiasa menguatkan kita utk terus jihad demi agama.
semoga pengorabanan abah dan mama d bls dgn sebuah syurga Allah di akhirat bersama2 doa anak2 soleh.


aku bkn sang berjaya.
aku bkn sang muliawan.
aku bkn sang cerdik pandai.
tp..aku hanya sang anak yg sentiasa mendoakan syurga buat ibu ayahku.



kita perlu tahu, bahawa penekanan dan kewajipan yang tersebut di atas tadi lebih dituntut dan
menjadi berganda apabila ibu bapa mencapai usia tua atau sudah uzur. Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat.Bukannya semakin menurun danmerosot. Amat tercela dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta,tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua.Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt  terhadap kita.

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud:
“Ibunyamengandungkannya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.” (Al-Ahqaf:15)
Firman Allah swt lagi:
“Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.”
(Luqman: 14).

Allah swt menyebutnya: 
“Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua disisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.” (Al-Israk: 23)
buat insan yg bernama 
MOHAMAD FISAL B.ABU BAKAR dan MAIMUNAH BT MOHAMED BEON ....
anda insan terulung buatku.
anda insan terbilang d mata ku.
terima kasih utk kasih syg ini.

i'll be somebody..trust me.
wallahua'lam.

1 comment's love:

Anonymous said...

insyAllah..be strong..say lots of prayers..Allah xturun kan ujian pada yg xmampu..