bile ckp soal jodoh je,mate sume jd sparkling kan3.
hihik.
tp sume pcy pd jodoh x?uh?tak?huk.
tamo lah cmtu..
jodoh kan taqdir~
permanent taqdir ouh~
tawu x mksdnye?means taqdir yg kite mmg xley ubah.
BUT!kite kne berusehe ke arahnye~
yes~BERUSAHA!
chaiyokk2~
*sape nak kawen ngn kite,agkt tgn!* :D
ok ok.
enough.hape ni,
Dear follower..
*siyes*
Ramai orang sering mengatakan, “tiada jodoh”, “jodoh di tangan Tuhan”dan yang seumpama dengan keduanya. Ya, memang itu adalah sebuah hakikat yang tidak susah untuk diterima. Malah, bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah, mempercayai hakikat jodoh dan ajal ditangan Tuhan bukan persoalan kan3? :))
Malangnya time tiba kepada alam nyata bukan alam teori dan ideologi begitu ramai manusia yang tidak menunjukan keyakinan sebenar mereka mengenai persoalan ini ke dalam tindakan mereka. Buktinya, begitu ramai dari manusia berusaha untuk menentukan jodoh padahal jelas sebelumnya dia mengatakan bahawa jodoh adalah urusan Tuhan untuk menetapkan
.
Memang rumit membahas perkara berkaitan ketentuan dan usaha yang perlu manusia lakukan dalam membentuk sebuah ketentuan. Dalam kata lain, Ketetapan atau ketentuan Allah SWT telah termaktub sejak azali lagi. Manusia pula yang meyakini hal ini kadang-kadang lupa sehingga terlalu hanyut dalam kemampuan dan usaha sendiri sehingga dengan sengaja atau pun tidak, sedar atau pun tidak, mereka melanggar batasan-batasan Allah.
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. *siyes*
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
ok ok...lets imagine...waktu u all terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.*u all fhm x metafora sy ni?*
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. *istighfar* :)
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang yakin kepadaNya, orang yang bersungguh-sungguh menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya, orang yang benar-benar menjadikan kehidupan sebagai persembahan perhambaan kepadaNya, orang yang menjadikan niat dihatinya sentiasa kerana Allah hinggalah kepada urusan-urusan jodoh dan ajal. Semoga Allah merahmati kita semua dan menentukan yang terbaik :)))
muhasabah utk hr ini.
off.



3 comment's love:
http://awaisal-qarni.blogspot.com/2010/06/kahwin-semasa-belajar-pro-dan-kontra.html
sangat menarik..:)
http://awaisal-qarni.blogspot.com/2010/06/kahwin-semasa-belajar-pro-dan-kontra.html
slm. knp sbgai manusia kite slalu mmikirkn takdir. bg sy takdir tu xperlu d fikirkn sgt. bukan keja kite nk fikir tu smua. sbg manusia kn brusaha dan akhir skali bserah. takdir?? ermm. begitu jua dgn jodoh, suatu benda yg kite xboleh nk nampak. pe2 pon, kat dunia yg fana ni, utk dptkn sesuatu, kite kena mcari dan brusaha ;p hehehe
Post a Comment