Pages

26 Jun 2010

teman vs cinta



halo3.hye :D
bertemu lg kite dlm rancangan...who wants to be a milliniore? *erk,btol ke sy eja?*
hihik.repek la~
ok ok.besh ouh tajok ni.
agagagaga :)))
ramai3 request tajuk ni.pergh~bajet cam dj radio pulak kan3.hihik. :D
ok lah.u all yg comel.sume ade mmber?ade makwe?ade pakwe?
uh?tade?eleh..tipu3.huk.
*eish,ape kite repek ni*

ok,first of all SAHABAT,
Di zaman kanak-kanak dulu, ada seseorang yang aku sangat teringin untuk bersahabat baik dengannya.
huyyoooo~ *jeng3*
Mula-mula, aku tertanya-tanya kenapa kemahuan untuk berkawan dengannya tanpa dipaksa-paksa? Mungkin kerana aku terpedaya dengan daya tarikannya *mungkin je ok* yang sering dikelilingi sahabat yang ramai. Setelah kutekuni tingkahnya hampir beberapa purnama (wah, kecil-kecil lagi sudah pandai ‘membaca’ manusia), kesimpulan yang aku dapat cuma satu. Pandai gembirakan orang sekeliling adalah kunci mendapat sahabat yang ramai.
Sayang sekali, tidak ramai daripada mereka yang boleh digelar sahabat karib.
huk3.

Kadang-kala kita tidak tahu apakah syaratnya untuk bergelar sahabat baik.kan3?jgn ckp tak!
blasah kang~ :D
Ada ‘cakap-cakap orang’ mengatakan, sahabat baik itu harus mempunyai ikatan kimia (ada chemistry) antara keduanya.*kalau dulu xamek kimia cmn?* kikiki.
Ungkapan sebegitu benar memeningkan kepada sesiapa yang tidak pandai berkawan kerana ia sangat subjektif. *sy la tu :( *
Sy cuba mengelak untuk memikirkan kimia itu, berbanding melihat pada simtom-simtom ketika mengenal erti persabahatan.Sy berpegang kepada kepercayaan ini,yes ~ iaitu bila kali pertama kita meluahkan sesuatu masalah itu kepada seseorang (sedangkan ahli keluarga atau kekasih pun tidak mendapat layanan itu), maka saat itu hubungan antara keduanya sah digelar sahabat karib. Semua ini kupelajari dari Sekolah and pengalaman.
Pernah suatu ketika, tanpa disengaja sy dgn yakin and lantang *konon* meluahkan segala masalah yang sedang memenjara jiwa kepada seseorang kerana waktu itu aku tidak merasa sesiapa yang mampu memegang kerahsiaan itu. Kemudian, sahabatku itu memegang bahuku dan berkata;


"jgn risau babe,kita dh jadi sahabat baek skrg,aku xkan bgtau sesape "

ehemm..itukah sahabat?
musykil dalam senyum yg pnuh kepura2an yg bertopengkan senyuman manis seorang muslimah sejati.
tp bahagia and PUAS.atleast ada sahabat.
hihik.
thanks sahabat. :))

 

Ramai orang mengutamakan sahabat dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
sahabat kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya sahabat sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....
Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus kupilih. Sahabat pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan..

Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Sahabat tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu..
Antara sahabat dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Sahabat menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan..
Antara sahabat dan kekasih Keduanya aku harapkan. Sahabat sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian ..
Antara sahabat dan kekasih Bilakah akan kutemui. Sahabat sejujur kata,
Kekasih setulus setia..
Andai sahabat itu kekasihku Andai kekasih itu sahabatku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan..

 
 "Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, seseorang tidak akan beriman sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.."(Hadith Nabi Muhammad s.a.w)

P/S:nikmatnya kasih syg itu walau dlm bentuk apa sekalipun hbgn yg terbina.Alhamdulillah :)

2 comment's love:

Uwais Al-Qarni said...

jaganlah mencari kekasih untuk dijadikan suami/isteri...
carilah suami isreti untuk dijadikan kekasih..:)

ain fathihah fhm said...

salam singgah.. salam kenal..