Bismillahirrahmanirrahim...
Sekarang tepat jam 1.56 WIB . Mata agak mengantuk sebab stay up for exam.Akhirnya jemari aku yang mula lemah cuba mencari sesuatu yg menarik utk di baca supaya mataku segar.Dan akhirnya.. :) terkedu aku dgn suatu artikel "cinta manusia berpada pada"
Ya Allah Ya Rabb..
Sungguh sakinah itu hanya akan di peroleh buat org yg benar benar 'mencari'Mu..
Pegang hatiku ya Allah...
Pimpin saff aku di dunia ini...
Tetapkan hatiku dgn fitrah aku sbg hambamu yg taat ya Allah...
Amin..
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!" Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas." Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala." Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?" Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis." Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?" Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!" Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!" Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
~ Allah dan Rasulullah begitu kasihkan kita. Kita dilimpahkan dengan rahmat Allah. Tidak tekira nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita. Tapi sesungguhnya manusia itu memang sentiasa lalai dan alpa. Bebuat dosa tidak kira masa. Ya Allah, aku tidak layak ke syurgamu, namun aku tidak berupaya masuk ke nerakamu. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri.
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَEngkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Surah Al-Fatihah 1: Ayat 6)
Walau kelam sudah,Walau telah jatuh,(Surah Al-Fatihah 1: Ayat 6)
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hatiyang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.
Ketika ini,Aku ingin berkata,Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.
YA RABB..Selamatkanlah hatikuSimbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku.. :')amin.

0 comment's love:
Post a Comment