salam
Pagi tadi terbaca suatu entri tentang goal kita di dunia.
jadi terfikir dgn diri sendiri kejap.
*sigh*
banyak hal kdg2 yg kita buat x melambang or menampakkan yg kita ada goal hakiki.
ops? goal hakiki?
sape tau? surely la syurga Allah kan?
hmm.
yg kita semua terkejar dunia.dunia.then dunia lagi.
sampai bila nak hbs.?
Pernahkah terjadi pada kita.
Di tika kita melalui perjalanan kita, kita terkadang lupa ke mana arah tujuan kita.
Segalanya berlaku secara rutin.
Bangun pagi, solat, pergi kerja, kerja, balik kerja, makan, solat, usrah dan tidur.
Itulah rutin kita.
Sehinggalah semua itu memakan usia kita.
Sehingga kita bertanya, mengapa kita buat semua ini?
Mengikuti arus?
Atau memang benar kita mahu menuju sesuatu yang menjadi kepuasan dan bahagia dalam hati kita.
Even then, apabila kita bekerja, apatah lagi bekerja 12 jam sehari, kita mencari-cari bahagia itu.
Terkadang kita terjumpa sesuatu yang mengekstasikan hati kita dan kita rasa teruja menceritakan kepada ramai manusia.
Samada berupa kejayaan dalam study, berjumpa kes yang amat pelik, berjaya melakukan prosedur yang tak pernah dilakukan, dipuji bos dan sebagainya.
Namun pada kebanyakan hari-hari, ianya adalah sama.
Dan akhirnya kita berasa jemu dan tak tahu ke mana kita pergi.
Begitulah ia mampu terjadi kepada dakwah ini.
Kita membina manusia saban waktu. Setiap minggu tanpa gagal kita menghadirkan diri kita pada liqa tarbawi. Dalam masa yang sama kita sendiri membawanya.
Pada awalnya tentu akan amat mengujakan.
Seronok kenal orang baru.
Seronok menyampaikan perkara baru.
'Mahsyuk' dengan feel sebuah perjuangan.
Namun akhirnya satu rutin akan membosankan.
Itulah ia jiwa manusia.
' janganlah engkau berharap, wahai jiwa, untuk berada di atas jalan gerakan islam, sebagai bentuk perjuanganmu, tanpa hidayah dan keimanan yang Allah limpahkan padamu. Maka, bukalah pintu hatimu wahai jiwaku, agar cahaya merasuk kedalamnya, dan esakan Allah dalam keikhlasan penuh kepadaNya semata. Jadikanlah kalimah Lailaaha illallah, Muhammadd Rasulullah sebagai system hidupmu. Dari sana, engkau dapat merasakan bahawa sesungguhnya Allah adalah caya bagi alam semesta ' Prof Taufiq Yusuf AlWaie.
off.
p/s : sama2 kita renungkan balik usaha dan iman kita di level apa :)


0 comment's love:
Post a Comment